top of page

"Tinggalkanlah kejahatan, dan lakukan kebaikan" Mazmur 37:27a

Depart from evil, and do good (Psalm37:27a)


Allah memberikan perintah yang benar kepada kita kerana Dia mempunyai alasan yang benar. Allah mahu kita memuliakan-Nya dan bersama-sama dengan-Nya di Syurga. Dalam ayat ini, Allah menyuruh kita jauhi kejahatan. Kejahatan adalah perkara yang disukai oleh musuh Allah yang besar, iaitu syaitan, tetapi dibenci oleh Allah. Kejahatan ialah segala perbuatan yang tidak taat kepada hukum Allah.


Syaitan suka membuat kita sangat sibuk, supaya kita lupa akan Allah dan lupa berdoa kepada-Nya. Syaitan tidak perlu buat kerja yang susah sangat untuk ini, kan? Dia tahu dia boleh buat kita sibuk dengan sukan, permainan, mainan baru, dan banyak lagi perkara lain. Kita boleh habiskan sehari penuh tanpa sekali pun ingat kepada Allah yang mencipta kita dan yang ingin tahu adakah kita berdoa kepada-Nya. Kalau malam tiba, kita naik ke katil tanpa berdoa sepanjang hari, syaitan akan sangat gembira. Dia takut kalau kita minta hati baru dan iman kepada Allah, lalu kita hanya percaya kepada Yesus Kristus sahaja untuk diselamatkan. Syaitan tidak mahu kita dapat semua itu. Dia tahu, kalau kita punya hati baru, bila kita mati kita akan pergi ke Syurga, dan dia tidak boleh lagi jadikan kita tawanan dia.


Setiap hari, luangkan masa untuk berdoa kepada Allah. Mintalah Dia tolong kamu berbuat baik. Allah tidak pernah tidur atau lalai. Bila kamu berdoa kepada-Nya, Dia sentiasa mendengar.


Diterjemahkan daripada buku Abjad Allah untuk Kehidupan:God's Alphabet for Life by Joel R. Bekee and Heidi Boorsma


Comments


bottom of page