top of page

Ya TUHAN, Sion mendengar hukum-Mu lalu bersukacita. Mazmur 97:8a 


Zion heard, and was glad (Psalm97:8a)


Anak-anak yang dikasihi, Allah di dunia ini mempunyai banyak anak-anak-Nya. Anak-anak Allah ialah mereka yang telah dipilih-Nya, diselamatkan dalam Yesus Kristus, dan diberi Roh Kudus untuk mengajar mereka hidup dalam kekudusan. Allah mengasihi setiap seorang anak-Nya. Dia menjaga mereka dan memberikan segala yang mereka perlukan.


Anak-anak Allah ada di seluruh dunia. Di mana-mana Firman Allah sampai, di situ Allah dengan rela menyentuh jiwa manusia, sehingga ada orang yang sungguh-sungguh mengasihi-Nya. Para penginjil pergi ke tempat-tempat yang jauh, memberitakan Injil kepada orang di bandar-bandar dan di pedalaman hutan.


Anak-anak, jika kita tinggal di Amerika atau Kanada, kita dipanggil orang Amerika atau orang Kanada. Orang yang tinggal di China dipanggil orang Cina. Tahukah kamu bahawa anak-anak Allah mempunyai nama lain? Mereka disebut “Sion”, dan TUHAN Allah adalah Raja mereka. Dia adalah Raja Sion. Tempat yang diperintah oleh Raja Sion ada dua. Satu ialah Kerajaan Sorga, iaitu negara Sion, di mana semua orang yang mati di bumi memuji-muji-Nya. Tetapi Dia juga dengan sukacita memerintah di dalam hati orang-orang Sion di bumi, iaitu di dalam gereja. Apabila Allah berfirman kepada mereka, mereka dipenuhi dengan sukacita. Itulah sebabnya ayat kita berkata: “Ya TUHAN, Sion mendengar hukum-Mu lalu bersukacita”.


Anak-anak, doa kami untuk setiap seorang daripada kamu ialah supaya Allah menjadikan kamu sebagai salah seorang warganegara Sion. Dengan demikian, apabila kamu mati kelak, kamu boleh memasuki negara Sion, iaitu sorga, dan menyembah selama-lamanya Allah Tritunggal yang suci dan besar. Pada masa itu kamu akan selamanya bersukacita bersama Yesus Kristus, menikmati kesukaan bersama semua anak-anak Allah dan malaikat-malaikat kudus-Nya.


Diterjemahkan daripada buku Abjad Allah untuk KehidupanGod's Alphabet for Life by Joel R. Bekee and Heidi Boorsma

Comments


Related Products

Related Products

bottom of page