top of page

“Kanak-kanak pun dapat dikenal melalui perbuatannya” Amsal 20:11a

Even a child is known by his doings (Proverbs 20:11a) 


Ayat Alkitab ini ditulis oleh orang yang paling bijak sepanjang sejarah. Orang itu bernama Salomo, raja sebuah negara bernama Yehuda. Suatu hari, Tuhan menampakkan diri kepada Salomo dalam mimpi dan berkata kepadanya: “Mintalah apa sahaja yang engkau mahu, Aku akan berikan kepadamu” (1 Raja-raja 3:5).


Kalau Tuhan tanya kita soalan yang sama, ramai orang mungkin jawab: “Wang!” Supaya kita boleh beli apa sahaja yang kita suka. Tetapi Salomo tidak minta wang. Dia minta kebijaksanaan daripada Tuhan. Sebab dia seorang raja, dia tahu dia perlukan kebijaksanaan untuk mengurus rakyatnya dan membuat keputusan yang betul.

Tuhan sangat berkenan dengan permintaan Salomo itu. Jadi Tuhan bukan sahaja memberikan kebijaksanaan kepadanya, malah juga kekayaan dan kemuliaan. Orang dari negara-negara jauh datang mendengar kata-kata bijak Salomo. Kerana Salomo mengasihi Tuhan, dia menggunakan kebijaksanaan dan kekayaan yang Tuhan beri untuk membina sebuah Rumah Tuhan yang baru, supaya orang boleh datang menyembah Tuhan di situ.

Anak-anak, ingatlah:


Tuhan bukan sahaja tahu apa yang orang dewasa buat. Mata Tuhan sentiasa memerhatikan kamu setiap saat. Dia melihat segala yang kamu lakukan, mendengar setiap kata yang kamu ucapkan. Jadilah seperti Salomo. Mintalah kepada Tuhan supaya Dia memberikan kebijaksanaan kepada kamu, menjauhkan kamu daripada dosa, dan membantu kamu mencari Tuhan dengan sepenuh hati.


Diterjemahkan daripada buku Abjad Allah untuk KehidupanGod's Alphabet for Life by Joel R. Bekee and Heidi Boorsma

Comments


bottom of page