top of page

Basuhlah aku sehingga lebih putih daripada salji.| Mazmur 51:7a 

Wash me, and I shall be whiter than snow (Psalm 51:7b)

Anak-anak yang dikasihi, pernahkah kamu mengalami perkara ini: suatu pagi musim sejuk, apabila kamu memandang keluar dari tingkap, kamu hampir tidak percaya betapa indahnya segala-galanya ditutupi oleh lapisan salji tebal yang baru? Sungguh sebuah dunia ais dan salji! Segala-galanya kelihatan murni dan bersih. Tetapi keindahan seperti itu tidak kekal lama. Bukan begitu? Tidak lama kemudian, habuk dan lumpur mula bercampur dengan salji, menyebabkan salji menjadi berwarna coklat.


Inilah gambaran kehidupan rohani kita. Allah menciptakan hati Adam dan Hawa yang bersih. Tetapi apabila mereka memilih untuk tidak taat kepada Allah, mereka mencemarkan hati mereka dengan dosa. Kita tidak berbeza dengan Adam dan Hawa. Setiap hari kita memilih untuk tidak taat kepada Allah, hati kita dipenuhi dosa, dan menjadi semakin kotor.


Di alam semula jadi, salji akan mencair, mendedahkan tanah yang berwarna coklat atau hitam. Tetapi tidak lama kemudian, lapisan salji baru akan menutupi bumi semula, dan segala-galanya kelihatan murni dan indah sekali lagi. Pencipta kita yang berkuasa besar dan bijaksana menggunakan cara ini untuk menjadikan bumi bersih semula.


Anak-anak, kehidupan rohani kita juga memerlukan pekerjaan yang sama berulang kali. Hati kita dipenuhi dosa-dosa yang dilakukan hari demi hari. Kita perlu melihat betapa dosa itu menyinggung Allah yang suci dan adil, dan di hadapan-Nya kita adalah orang berdosa yang hilang. Apabila seorang berdosa yang hilang merasakan betapa kotornya hatinya kerana dosa, dia akan berseru kepada Allah: “Bersihkan aku dengan hisop, supaya aku suci; basuhlah aku sehingga lebih putih daripada salji.”


Pada waktu Allah, Yesus, iaitu Sang Hari Kebenaran yang disebut sebagai Juruselamat, datang dengan kehangatan kasih-Nya memenuhi hati orang berdosa. Yesus membiarkan orang berdosa melihat bahawa kerana Dia mati di kayu salib bagi orang berdosa yang hilang, dosa mereka dibersihkan dalam darah-Nya yang mulia, hati yang keras itu mencair, dan menjadi mencintai Allah. Pada saat itu, orang berdosa yang telah diampuni ditutupi dengan jubah kebenaran Yesus, dan menjadi lebih putih daripada salji.


Diterjemahkan daripada buku Abjad Allah untuk KehidupanGod's Alphabet for Life by Joel R. Bekee and Heidi Boorsma

Comments


bottom of page