top of page

Padukan hatiku, supaya takut akan nama-Mu. | Mazmur 86:11

Unite my heart to fear thy name (Psalm86:11b)


Adakah kamu pernah memperhatikan apa yang ibu kamu lakukan untuk kamu? Kerana kasihnya kepada kamu, dia melakukan segala-galanya untuk kamu. Dia mencuci pakaian, dan mengajar kamu melipatnya dengan rapi lalu meletakkannya di satu tempat, supaya setiap hari kamu mempunyai pakaian bersih untuk dipakai. Setiap hari, dia memastikan kamu mendapat makanan yang diperlukan oleh badan, supaya kamu mempunyai tenaga untuk melakukan tugasan sekolah yang sepatutnya. Dia mengajar kamu menjaga rumah sentiasa bersih dan kemas, supaya kamu dapat tinggal dengan selesa di dalamnya. Dia menyuruh kamu mencuci pinggan mangkuk, supaya untuk makan seterusnya kamu mempunyai pinggan mangkuk bersih. Bahkan ketika dia membeli barang-barang, semuanya adalah untuk kebaikan kamu, supaya kamu mempunyai makanan untuk dimakan dan pakaian untuk dipakai. Ibu melakukan semua ini kerana dia mengasihi keluarganya.


Anak-anak, inilah yang dibincangkan dalam ayat Alkitab kita. Ia berkata: “padukan hatiku, supaya takut akan nama-Mu”. Dengan kata lain, “Tuhan, biarlah aku mengasihi Engkau dengan sepenuh hati. Biarlah segala yang aku lakukan setiap hari adalah kerana takut kepada-Mu seperti seorang anak, untuk melayani Engkau dengan baik.”


Jika Tuhan mahu menjadikan seorang gadis kecil bertobat (memberinya hati rohani yang baru), kehidupannya akan mula berubah. Dia akan mula benci dosa, takut dan mengasihi Tuhan. Dia akan berharap untuk mendapatkan kesukaan Tuhan lebih daripada kesukaan sesiapa pun. Dia akan mendapat lebih banyak kegembiraan daripada senyuman persetujuan Tuhan daripada senyuman orang. Dia akan takut kepada ketidaksukaan Tuhan lebih daripada ketidaksukaan sesiapa pun. Mereka yang takut akan Tuhan rela untuk mendapatkan kesukaan-Nya.


Gadis ini juga akan lebih membantu ibunya. Kerana ketika membantu ibu, dia juga melayani Tuhan. Walaupun rakan sekelas tidak baik kepadanya, dia akan membalas kejahatan dengan kebaikan, kerana Tuhan telah berkata: “Hendaklah kamu saling mengasihi”. Dia akan mendengar firman Tuhan, untuk menunjukkan takut dan pelayanannya kepada Tuhan. Jika dia ingin melakukan sesuatu yang nakal, dia akan cuba tidak melakukannya, kerana Tuhan telah berkata: “Jauhilah yang jahat dan lakukan yang baik”. Dia lebih suka melayani Tuhan daripada melayani syaitan. Sebelum bertobat, dia tidak akan mendengar khotbah atau pelajaran Sekolah Minggu dengan serius. Selepas bertobat, dia mendengar dengan sangat tekun, berharap Tuhan mengajarnya lebih banyak tentang Yesus dan jalan-Nya, membimbingnya berjalan di jalan-Nya, supaya dia belajar melayani-Nya lebih banyak. Sebelum tidur, dia akan membaca Alkitab dan berdoa, kerana dia mengasihi-Nya, dan mahu mengakhiri harinya dengan mencari Tuhan serta berbicara dengan-Nya. Tuhan menyatukan hatinya dengan Dia, supaya dia mengasihi-Nya.


Jika gadis kecil ini berdosa, dia akan sedih dan meminta ampun daripada Tuhan. Dia sedih kerana dia tidak taat kepada Tuhan, kerana dia tidak melayani Tuhan dengan sepenuh hati. Anak-anak Tuhan benci dosa, dan rela melayani Tuhan dengan sepenuh hati.


Jika seorang ibu melakukan segala-galanya untuk keluarga, tetapi tidak memberi mereka makanan, apa pendapat kamu tentang dia? Kamu akan berpendapat dia tidak mengasihi mereka dengan sepenuh hati. Anak-anak, kita pergi ke gereja, ke Sekolah Minggu, mendengar cerita Alkitab dengan serius, tetapi itu tidak cukup. Tuhan mahu kita dengan sepenuh hati, dalam segala yang kita lakukan melayani-Nya, dan takut akan Dia. Mohonlah kepada Tuhan supaya hatimu takut akan nama-Nya, supaya setiap hari dalam segala yang kamu lakukan, kamu melayani-Nya dengan kasih dan kegembiraan.


Diterjemahkan daripada buku Abjad Allah untuk KehidupanGod's Alphabet for Life by Joel R. Bekee and Heidi Boorsma

Comments


bottom of page