top of page

“Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan” Efesus 4:32a

Be ye kind one to another (Ephesians4:32a)


Anak-anak yang dikasihi, tahukah kamu bahawa walaupun seseorang bertindak buruk terhadap kita, kita tetap harus memperlakukannya dengan kebaikan hati? Banyak kali, apabila kita baik kepada mereka, mereka akan merasa malu atas perbuatan jahat mereka terhadap kita!


Bayangkan kamu sedang bermain dengan mainan di sekolah. Seorang budak lelaki bernama Nick merampas mainan itu dari tangan kamu. Kamu sangat marah dan ingin berlari ke arah Nick, merebut mainan itu kembali, malah mungkin menolaknya. Tetapi itulah bukan cara yang Allah mahu kita lakukan. Allah mahu kita berbuat baik kepada orang lain.


Jadi, pertama sekali, mintalah pertolongan Allah supaya kamu dapat taat kepada perintah-Nya, iaitu berbuat baik kepada orang lain. Kemudian, kamu boleh berkata kepada Nick: “Nick, mainan ini saya ambil dulu. Kalau kamu minta dengan baik, saya akan kongsi dan main sama-sama dengan kamu. Kalau kamu baik hati kepada saya, saya juga mahu kongsi semua mainan ini dengan kamu.” Cara bercakap begitu mungkin membuat Nick terkejut: Walaupun dia telah jahat kepada kamu, kamu masih baik kepadanya. Mungkin dia akan merasa malu dengan perbuatannya sendiri.


Begitulah juga dalam kehidupan anak-anak Allah apabila kita berdosa terhadap-Nya. Allah menunjukkan betapa baik hati-Nya kepada kita. Dia memberikan kita hati yang baru, dan segala yang diperlukan untuk tubuh dan jiwa kita. Dia tidak pernah memperlakukan kita dengan jahat.


Apabila kita memikirkan semua itu, kita akan merasa tidak senang kerana telah berdosa terhadap Allah yang begitu penyayang. Mintalah kepada Allah supaya kamu benar-benar merasa malu dan menyesal atas perbuatan nakal kamu, kerana telah memperlakukan Pencipta kamu dengan buruk, walaupun Dia begitu teliti menjaga kamu, sentiasa memanggil kamu untuk bertobat, dan percaya kepada Anak-Nya.


Diterjemahkan daripada buku Abjad Allah untuk Kehidupan:God's Alphabet for Life by Joel R. Bekee and Heidi Boorsma

Comments


bottom of page