top of page

Bersoraklah dengan girang kepada Allah, wahai seluruh bumi! | Mazmur 66:1

Make a joyful noise unto God, all ye lands (Psalm 66:1)


Wahai anak-anak yang dikasihi, pernahkah kamu terjaga pagi-pagi oleh nyanyian burung? Makhluk kecil ciptaan Allah ini bangun awal sekali, dan perkara pertama yang mereka lakukan ialah bernyanyi. Tiada burung yang tidak bernyanyi, dan tiada burung yang bernyanyi dengan separuh hati. Semuanya bersorak dengan kuat, memuji Pencipta mereka.


Betapa indahnya contoh yang diberikan oleh burung-burung ini kepada kita! Kita juga sepatutnya bangun pada waktu pagi dan bersorak kepada Allah. Setiap kita perlu berhenti sejenak dan bertanya pada diri sendiri: “Adakah aku melakukan ini apabila bangun? Adakah fikiran pertama aku ialah Allah? Adakah aku mengucap syukur atas Anak-Nya dan injil, yang membolehkan aku menghadapi hari baru?”


Adakah kamu meluangkan masa untuk memikirkan betapa baiknya Allah kepada kamu? Bukankah kamu telah mendengar berita baik tentang keselamatan melalui Yesus berkali-kali? Berjuta-juta anak-anak di dunia tidak pernah mendengar berita baik bahawa Yesus menyelamatkan orang berdosa. Bukankah kamu mempunyai Alkitab untuk dibaca, dan boleh pergi ke gereja mendengar pendeta menerangkan Firman Allah? Berjuta-juta anak-anak tidak mempunyai Alkitab, tiada gereja, tiada pendeta yang menerangkan Alkitab kepada mereka. Adakah kamu seperti berjuta-juta anak-anak di hospital yang terbaring sakit, atau sudah hampir mati? Adakah kamu makan makanan setiap hari? Setiap hari ramai anak-anak mati kerana kelaparan. Adakah kamu mempunyai ibu bapa yang mengasihi kamu, menyediakan pakaian, makanan, tempat tinggal? Ramai anak-anak tidak mempunyai ibu bapa, tiada rumah, memakai pakaian lusuh dan compang-camping.

Wahai anak-anak, Allah sungguh baik sekali kepada kamu! Betapa layaknya kita bersorak kepada-Nya setiap hari!


Puji Tuhan yang memberi segala berkat di syurga, segala makhluk di bumi hendaklah memuji kasih kurnia Tuhan.


Diterjemahkan daripada buku Abjad Allah untuk KehidupanGod's Alphabet for Life by Joel R. Bekee and Heidi Boorsma

Comments


bottom of page