top of page

Ya TUHAN, tunjukkanlah jalan-Mu kepadaku; kerana musuh-musuhku, pimpinlah aku di jalan yang rata. | Mazmur 27:11

Teach me thy way, O Lord, and lead me in a plain path (Psalm27:11a)


Anak-anak, pernahkah kamu berjalan melalui hutan di sepanjang jalan yang sudah biasa kamu lalui? Kamu mungkin perasan banyak lorong kecil bercabang dari jalan utama di bawah kakimu. Kadang-kadang, kamu tertarik untuk mengikut salah satu lorong kecil itu, ingin tahu ke mana ia membawa. Tetapi apabila lorong itu membawa kamu semakin dalam ke hutan, kamu menjadi takut, lalu segera berpatah balik ke jalan utama yang biasa, yang dapat membawa kamu dengan selamat pulang ke rumah.


Anak-anak, inilah pelajaran yang perlu kita pelajari. Hanya ada satu jalan utama yang menuju kepada Allah, dan kita mesti mencari jalan itu serta bertekun berjalan di atasnya.


Secara semula jadi, kita tidak akan memilih jalan itu, kerana sifat dosa kita membuat kita menjadi tamak dan mementingkan diri sendiri. Kita tidak akan mengutamakan kerajaan Allah terlebih dahulu, sebaliknya kita mengikut lorong-lorong kecil dalam kehidupan untuk membina kerajaan kita sendiri. Kita cuba mencari segala kesenangan di dunia ini. Hati kita sentiasa mengingini mainan yang satu demi satu. Kadang-kadang kita mahu mainan ini, kadang-kadang mainan itu. Kita berpindah dari satu jalan ke jalan yang lain. Tidak lama kemudian, kita dikelilingi dengan timbunan mainan, tetapi hati kita semakin jauh daripada Allah.

Adakah semua mainan itu boleh memberikan kita hati yang baru? Bolehkah ia membawa iman kepada Yesus Kristus dan pertobatan di hadapan Allah? Bolehkah ia mengajar kita bagaimana melayani Allah dan bersyukur kepada-Nya? Apabila kita mati, bolehkah mainan-mainan itu membawa kita ke syurga untuk bersama Allah selama-lamanya? Tidak, anak-anak. Hanya Yesus sahaja yang boleh melakukan semua itu bagi kita.

Kita perlu memohon kepada-Nya supaya Dia memimpin kaki kita di jalan yang betul, agar kita dapat sampai kepada-Nya.


Diterjemahkan daripada buku Abjad Allah untuk KehidupanGod's Alphabet for Life by Joel R. Bekee and Heidi Boorsma

Comments


bottom of page