top of page

Buku Pengembaraan Bersama Surat Efesus bukan sekadar satu usaha akademik, tetapi suatu perjalanan rohani yang indah, sebuah pencarian terhadap pemahaman yang lebih lengkap tentang maksud Injil, tentang kasih kurnia, tentang identiti kita dan tentang kemuliaan Allah sebagaimana dinyatakan dalam Surat Rasul Paulus kepada jemaah di Efesus.

Surat Efesus bukan hanya menyampaikan pengajaran-pengajaran doktrinal, tetapi suatu karya yang penuh dengan keindahan naratif, yang melibatkan pelbagai tema seperti penciptaan, penebusan, pemulihan, identiti, gereja dan kesatuan segala sesuatu di bawah pemerintahan Kristus.

Buku ini disusun dengan menggabungkan pendekatan akademik dengan sentuhan mesra pembaca dan reflektif, agar pembaca bukan sahaja memperolehi ilmu, tetapi turut merasai kekuatan rohani yang mengalir daripada teks suci ini.

Setiap bahagian dalam buku ini disusun dengan harapan untuk membantu para pembaca, agar dapat memahami Surat Efesus dengan baik dan menyeluruh, bermula daripada pengenalan kitab, struktur theologi, sehingga pada pemahaman dan penerapan keseluruhan perikop Surat Efesus.

Semoga setiap langkah pengembaraan pembaca, dipimpin oleh Allah Tritunggal, sehingga menemukan kekayaan rohani di dalam Kristus.

Pengembaran Bersama Surat Efesus: Kekayaan Rohani Yang Tiada Banding

SKU: OB0179
RM35.00Price
Quantity
  • Rev. Fazli Samil memulai pendidikan theologi pada tahun 2006 di Pusat Latihan Gerakan Penginjilan (PLGP) Malangkap dan menamatkan pengajian dengan Sijil Teologi. Pada tahun 2008-2013, beliau meneruskan pengajian di Maktab Theologi Sabah (MTS) Namaus, sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Theologi (B.Th). Pada tahun 2024, beliau meneruskan pengajian dalam program Master Of Theology (M.Th) di Sekolah Tinggi Theologia Abdi Tuhan Injili Anjongan, Kalimantan Barat dan kini berada pada semester akhi

Explore the Collection

bottom of page